Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday 4 August 2014

Puteri UMNO sasar 800,000 anggota menjelang 2018


Pergerakan Puteri UMNO menyasarkan untuk meningkatkan keanggotaan pergerakan itu kepada lebih 800,000 orang sehingga tahun 2018 berbanding 390,000 setakat ini.
Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin berkata, sasaran itu boleh dicapai dengan pelbagai usaha yang dijalankan pergerakan itu sepanjang penggal beliau menerajui pergerakan itu.
“Baru-baru ini kita telah melancarkan aplikasi telefon pintar ‘PUTERI’ bagi memudahkan penyaluran pelbagai maklumat kepada wanita muda dan kita menerima lebih 200 permohonan untuk menganggotai Biro Sahabat Puteri menerusi aplikasi tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment